Kelas Editing Logo (Aplikasi Canva)

24 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 March 2024, Kelas Editing Logo (Aplikasi Canva) telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang merupakan komuniti setempat. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Canva bagi mengedit gambar, logo, poster dan sebagainya untuk kegunaan asas perniagaan . Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan penggunaan teknologi terkini supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan teknologi baharu sebagai platform untuk meluaskan lagi pengetahuan mengenai ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali